MAKARONI BAKAR BERKEJU

Friday, February 1, 2013


 
 
 
 
 
 
300gm makaroni -
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju (MOZERELLA ) parut
minyak utk menumis & garam
cili merah

lada benggala
daun sup & daun bawang
karot - pOTONG DADU.
CENDAWAN BUTANG. HIRIS2..NIPIS
Nenas -Potong kiub2.
 
 CARA2:
  1. Rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. Kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  5. Masukan makaroni,air,cili, daun sup daun bawang dan karot . Kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.Tuangkan telor dan taburkan keju. 
  7. Bakar selama 180 C (45 minit

NASI DAGING AIR ASAM.

Monday, January 21, 2013






 nasi daging  versi Utara.

1 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis / 600 gm
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan / 3 cwn
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak 
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
sudu kecil rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak .. 
sedikit gula batu – .
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 cawan air
Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam


sumber dari : http://dzanariah.blogspot.com/2012/01/nasi-daging-utara-vs-air-asam.html

popia basah

Thursday, August 18, 2011


Bahan-bahan ( 12 keping )
  • Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
  • Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
  • Bahan untuk sambal***
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.
Cara-cara
  1. Description: Popiahbasah-1
campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  1. Description: Popiahbasah-2
gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  1. Description: Popiahbasah-3
ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar)
  1. Description: Popiahbasah-5
buat dari arah jam
  1. Description: Popiahbasah-6
mulakan dari tepi dulu
  1. Description: Popiahbasah-7
kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
  1. Description: Popiahbasah-8
setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
  1. Description: Popiahbasah-9
angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
  1. Description: Popiahbasah-10
ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  1. Description: Popiahbasah-11
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
  1. Description: Popiahbasah-12
lipat macam biasa dan gulung
  1. Description: Popiahbasah-13
sedia untuk dimakan :)

Nasi Daging

Thursday, August 4, 2011

 Nasi ni famos kat utara.dek kerana my hubby ore utara maka aku belajar la  wat nasi ni
 
Bahan-bahan.
Bahan A-Homemade serbuk nasi daging
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit bunga lawang, bunga cengkih& buah pelaga
  • 1 sudu besar halba
  • 2-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
  • 2-3 biji badam-ditumbuk kasar
  • 1 inci halia-dihiris nipis

    ****semua bahan2 diatas disangai @ digoreng tanpa minyak hingga garing.Sejukkan dan dikisar kering hingga jadi serbuk.Simpan didalam bekas kedap udara.
BAHAN-BAHAN untuk Nasi:-)
  • 1 kg daging batang pinang-potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
  • 6 cawan beras basmathi-direndam 15-20 minit dan toskan....kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
  • 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah - di hiris @ di tumbuk halus
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar serbuk nasi daging yang disediakan terlebih dahulu seperti resepi di atas.
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 7 1/2 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan tomato soup
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng, daun bawang @ daun sup untuk hiasan
  • Hirisan daun sup, untuk hiasanBawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Dalam periuk, panaskan minyak , masukkan minyak sapi dan biar cair.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
  • Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan.
  • Masukkan daging. Kemudian masukkan serbuk nasi daging dan goreng sebentar.
  • Masukkan air dan rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.
  • Masukkan tomato puree dan tomato soup. Masak lagi hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula susu cair, garam dan biar sebentar.
  • Masukkan beras dan masak bersama2 daging tadi.
  • Gaul rata, kecilkan api dan masak seperti masak nasi biasa hingga nasi masak @ pindahkan ke dalam rice cooker , kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi masak.
  • Bila nasi betul2 masak, keluarkan daging, gemburkan dan hias nasi dengan hirisan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.
  • Sebelum dihidangkan hiris nipis2 daging tadi dan boleh dihidang bersama "air asam tomato kerisik"dan juga "acar timun"....Selamat mencuba..

kerabu sotong

Tuesday, August 2, 2011

Mengikut RND saya kerabu sotong ini ada 2 versi. saya dah cuba.. sesape yang nak cuba resepi ni silakanlah.. saya pun amik resepi ni dari orang jgk.


Kerabu sotong  versi Thai style

Bahan-bahan ( 2-4 people )
· satu mangkok Sotong
· 2 biji limau nipis
· Daun ketumbar
· 1-2 bawang besar
· 3 sudu besar fish sauce ( BUDU HA.HA.)
· 1 sudu besar gula
· 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
· 5-10 Cili padi (ikut rasa)
· bole juga taruk tauge & tomato, suuhun dan kacang panjang .


Cara-cara
1. Bersihkan sotong.
2. potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
4. campur semua bahan..dan rasa.. OPS JGN POSE KAN>
5. jangan lupa sejat sotong..buang air...

KERABU SOTONG

Bahan-bahan ( 2 orang makan )
· 300 gm sotong – potong cincin
· 1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
· 5 urat kacang panjang – dipotong anggaran 1-2 cm
· 1 biji tomato – dipotong kecil
· 1 batang serai – dihiris halus
· 2 biji cili merah – dicincang kasar
· 5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
· 3 sudu besar sos ikan
· 1 ½ biji limau nipis
· Segenggam daun ketumbar
· Gula nira (Kelantan) atau gula Melaka atau gula merah yang telah dicairkan dengan air – secukup rasa
· Garam secukup rasa


Cara-cara
1. Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan.
2. Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera.
3. Kerabu ini enak dihidang sejuk.
4. NOTA : Semua sukatan adalah anggaran, boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Elok dimasinkan sedikit supaya sesuai rasanya bila dimakan dengan nasi putih. Secret ingredient untuk kerabu ini ialah gulanya, jangan pakai gula putih.

NASI DAGANG



Bahan-bahan
**NASI**
4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
1/2 tin santan
garam dan gula
1 sudu besar halba
bawang dan halia (hiris halus2)
air

**GULAI IKAN TONGKOL**
1 tin santan
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia*
4 cm lengkuas*
(* di blend)
15-20 tangkai cili kering
2-3 sudu besar rempah gulai (ape2 jenis)
6 keping asam keping
garam dan secubit ajinomoto
gula
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol
1 cm belacan

**ACAR**
2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula

Cara membuat:

NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukupnya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah. tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

KETUPAT SOTONG

Monday, August 1, 2011


Bahan-bahan:
1 kg sotong
400 gram beras pulut [rendam 2 jam]
5 cm halia (di potong halus)
3 biji bawang merah (dipotong)
1 sudu besar halba
4 cawan santan
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 sudu kecil gula
garam (secukup rasa)

Cara - caranya;
1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.

·  BAHAN-BAHANNYA :-) 
·  6 ekor sotong bersaiz sedang (tanpa telur)
·  2 sdb beras pulut (direndam bersama sedikit santan pekat selama 1 jam)
·  1 cawan santan pekat
·  2 keping gula melaka (ikut citarasa)
·  3 helai daun pandan (disimpul)
·  sedikit halba
·  secubit garam
·  toothpick secukupnya 
·  CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
·                     Isikan beras pulut ke dalam perut sotong 1/3 penuh. Cucuk kepala dan badan sotong dengan toothpick agar pulut tidak terkeluar.
·                     Di dalam periuk  masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana sehingga kuah pekat dan sotong kelihatan bulat. (menandakan pulut sudah masak)
·                     Angkat dan hidangkan. Sebelum makan jangan lupa buang toothpick tu...kang ada yang tertelan lak. Kah..kah..kahh